RUGI TAK MENYIMPAN EMAS
Emas ialah aset yang ideal untuk SIMPANAN jangka panjang yang mudah dicairkan.
Emas adalah Duit. Tetapi Duit, bukanlah Emas.
Simpan emas seolah-olah kita simpan duit tunai dalam bentuk yang lebih selamat nilainya. Bila-bila nak pakai duit, kita boleh cagarkan di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman segera, atau terus jual untuk dapat duit on-the-spot.
Emas boleh dibeli walaupun modal kecil. Emas aset yang bagus bagi sesiapa yang pekerjaannya sentiasa berpindah randah dan belum bersedia untuk membeli rumah seperti tinggal menetap di sesuatu tempat.
Emas boleh dijadikan alternatif simpanan bagi mereka yang diisytihar bangkrap sebab emas adalah satu-satunya aset kewangan yang tiada dalam sistem kewangan.
Pendek kata, tak siapa tahu berapa banyak emas yang kita ada. Pihak bank tak boleh ‘trace’ simpanan emas kita, apatah lagi untuk dibekukan sebagaimana aset-aset kewangan yang lain (termasuk hartanah).
Emas aset yang paling selamat dari sebarang ketidaktentuan ekonomi dan politik negara.
Kalau berlaku huru-hara dan peperangan, pemilik emas boleh bawa kekayaannya ke mana sahaja dan mulakan hidup baru. Itulah kelebihan emas.
Nak tahu Harga Emas Terkini, Harga Emas Ar-Rahnu semasa dan bermacam-macam info lagi tentang Simpanan Emas, boleh layari ke website UmieGold.com