JUAL BELI EMAS PUBLIC GOLD NI HALAL KE?
![Image](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhCYKNvbH7wUJal2j0vY_k1P_mw4WY1A8EiMlAplOVwANaWbmKv5hGPIiBMck1sbdY8HtUYBfNRMjN9eCBmGPdEcT1Vs6Rd-qk4LLv-sMN-D5x4cJ6N9dJMkGULd1Kt20E7N5KpnoYsl_ff/w675-h331/11.png)
Sebelum saya menjawab soalan pada tajuk di atas, elok kiranya kita berkongsi ilmu sedikit petang ini. Ada orang minta penjelasan tentang isu kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara "Easy Payment Purchase" (EPP) Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan. Pertama untuk orang biasa kebanyakan yang tidak mempelajari bidang Syariah Islamiyah. Yang Kedua pula penerangan untuk orang yang pakar di dalam bidang mualamat. Saya mulakan yang pertama dahulu. Orang awam nie maksudnya orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan. Untuk orang awam, urusniaga belian secara "Easy Payment Purchase" (EPP) ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/ Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui ole...